Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow

Chow Kon Yeow

YAB Chow Kon Yeow (lahir 14 November 1957) merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan seorang ahli politik Malaysia. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Padang Kota, Pulau Pinang dan juga mantan Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Chow juga merupakan bekas Ahli Parlimen Tanjong, George Town, Pulau Pinang menwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari 1999 sehingga 2013.Pada 13 Mei 2018, YAB Tuan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan dan Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang mengisytiharkan bahawa Chow akan mengambil alih tugas beliau untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5.